GARIS PANDUAN
PEMBANGUNAN SUKAN ELEKTRONIK KEBANGSAAN
(NATIONAL ESPORTS DEVELOPMENT GUIDELINE)
NESDEG
PENGENALAN
i. Latar Belakang
- Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah melancarkan Pelan Strategik Pembangunan Sukan Elektronik KBS 2020-2025 (“Pelan Strategik Sukan Elektronik”) pada tahun 2020 yang menggariskan lima (5) strategi dengan objektif utama untuk merangsang dan menggalakkan pembangunan industri sukan elektronik yang semakin pesat di Malaysia. Strategi-strategi yang dibangunkan dalam pelan strategik tersebut adalah selaras dengan Dasar Sukan Negara dan Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12), Akta 576 Pembangunan Sukan 1997.
- Selaras dengan inisiatif yang digariskan di bawah Pelan Strategik Sukan Elektronik tersebut, Kementerian Belia dan Sukan telah menyediakan Garis Panduan Pembangunan Sukan Elektronik Kebangsaan (NESDEG). NESDEG merupakan garis panduan spesifik yang dibangunkan bagi memperincikan tindakan-tindakan yang menyokong pelaksanaan strategi-strategi yang terkandung di bawah Pelan Strategik Sukan Elektronik.
- Agensi di bawah KBS yang dipertanggungjawabkan untuk membangunkan NESDEG, iaitu Impact Integrated menerusi inisiatif Esports Integrated (ESI) dengan kerjasama FUTURISE (sebuah agensi di bawah Kementerian Kewangan Malaysia) akan bertindak sebagai pemacu bagi pelaksanaan NESDEG ini.
- Sepanjang proses pembangunan NESDEG ini, beberapa sesi libat urus dan perbincangan telah diadakan bersama semua pemegang taruh yang terlibat bagi mendapatkan input dan pandangan bagi membantu menambah baik kandungan di dalam NESDEG ini.
- NESDEG ini juga bertujuan untuk memberi panduan kepada semua pemegang taruh berkaitan tadbir urus yang lebih efektif, hak dan tanggungjawab dalam kalangan penggiat dan pemain industri selain menggariskan panduan dan prosedur untuk membuat keputusan, kawalan dalaman dan pengurusan risiko yang lebih baik.
ii. Objektif
Objektif penyediaan NESDEG ini adalah seperti berikut:
- Memastikan kebajikan dan hak pemain yang merangkumi pelan kerjaya, penajaan dan program pembangunan dilindungi dan ditambahbaik di setiap peringkat.
- Mewujudkan industri sukan elektronik yang bertanggungjawab dan beretika dengan mengambil kira persepsi masyarakat, penglibatan wanita dan kanak-kanak termasuk mengimbangi aktiviti sukan elektronik dengan aktiviti fizikal yang lain.
- Menyediakan struktur pembangunan terbaik untuk menjadikan Malaysia sebagai salah satu hab sukan elektronik di rantau asia.
- Memperkukuh kerjasama strategik antara pemain dan penggiat industri melalui kerjasama strategik dan persefahaman pintar.
- Mewujudkan ekosistem sukan elektronik yang mengikut standard tadbir urus yang tinggi sekaligus menjadi penanda aras kepada kemajuan ekosistem sukan elektronik di Malaysia.
iii. Definisi
Berikut adalah definisi bagi terminologi yang digunapakai di dalam NESDEG:-
Ertinya aktiviti yang berhubungan dengan sukan elektronik termasuklah –
(a) Penganjuran pertandingan, seminar, klinik atau kursus untuk sukan elektronik;
(b) Penglibatan atlet atau pemain ke pertandingan atau acara sukan di peringkat kebangsaan atau antarabangsa; dan
(c) Apa-apa aktiviti lain yang bersampingan atau berkaitan dengan sukan elektronik.
Ertinya pemain yang menyertai liga atau pertandingan di peringkat kebangsaan atau antarabangsa;
Ertinya sesuatu persatuan, kelab atau pertubuhan yang bertindak sebagai badan pengelola atau badan perwakilan suatu sukan di Malaysia sama ada di peringkat daerah, negeri atau kebangsaan, sama ada atau tidak persatuan, kelab atau pertubuhan itu hanyalah anggota gabungan bagi persatuan, kelab atau pertubuhan yang lain;
Ertinya sebuah inisiatif pembangunan ekosistem sukan elektronik yang dikelolai oleh Impact Integrated, sebuah agensi dibawah Kementerian Belia dan Sukan (KBS);
Ertinya penetapan bayaran yang akan diterima oleh pemain atau atlet daripada kelab selaras dengan kontrak yang ditandatangani selepas mengambil kira penambahan elaun dan imbuhan tambahan serta penolakan jumlah berkanun yang wajib ditolak dari bayaran tersebut;
Ertinya pemain atau atlet yang berumur lapan belas tahun ke bawah;
Ertinya badan pengurusan atau persatuan berdaftar yang menguruskan pasukan bagi aktiviti sukan elektronik;
Ertinya Kod Sukan Selamat yang dikeluarkan oleh Kementerian Belia dan Sukan untuk memastikan persekitaran sukan yang selamat dan kondusif bagi semua pihak yang berkepentingan;
Ertinya semua pertandingan sukan elektronik menggunakan format liga yang ditubuhkan, dianjurkan, dipromosikan dan/atau dianjurkan oleh syarikat swasta, badan atau kelab sukan elektronik berdaftar atau tidak berdaftar dengan PJS;
Ertinya sekumpulan pemain atau atlet yang menyertai permainan sukan elektronik secara bersama-sama bagi aktiviti sukan elektronik yang diuruskan sendiri atau oleh pengurusan bagi sesebuah kelab;
Ertinya pemain-pemain bagi permainan sukan elektronik yang bermain secara pemain amatur atau pemain profesional, termasuk seorang atlet secara sendiri atau pasukan;
Ertinya lain-lain pemain yang bukan pemain profesional;
Ertinya pemain yang mempunyai kontrak bertulis dengan sesebuah kelab;
Ertinya kesemua pihak secara individu atau organisasi yang terlibat secara aktif dalam aktiviti sukan elektronik dan mempunyai kepentingan serta memberi kesan kepada pembangunan industri sukan elektronik di Malaysia. Pemegang taruh, antara lainnya adalah pemain, atlet, penerbit permainan, penganjur acara, agensi-agensi kerajaan dan swasta juga badan-badan regulatori;
Ertinya syarikat yang bertanggungjawab menerbitkan produk permainan untuk tujuan sukan elektronik;
Ertinya mana-mana syarikat yang menjalankan aktiviti sukan elektronik termasuk Liga sama ada di peringkat daerah, negeri, kebangsaan atau antarabangsa;
Ertinya Polisi Sukan Selamat yang dibangunkan oleh badan sukan untuk digunapakai dalam ekosistem sukan badan sukan tersebut selaras dengan perkara yang digariskan di bawah Kod Sukan Selamat;
Ertinya mana-mana jenis permainan sukan elektronik bagi aktiviti sukan elektronik yang diterbitkan oleh penerbit permainan dan disenaraikan dalam Lampiran A Garis Panduan Etika Sukan Elektronik;
Ertinya bahan-bahan yang diklasifikasikan sebagai bahan terlarang di dalam World Anti-Doping Code International Standard – Prohibited List 2022 oleh World Anti Doping Agency (WADA) dan Agensi Anti Doping Malaysia (ADAMAS);
Ertinya suatu bentuk sukan yang difasilitasi oleh internet dan sistem elektronik yang menggunapakai teknologi pemprosesan data seperti komputer, telefon bimbit, konsol dan peranti teknologi lain serta mendapat input daripada pemain dan pasukan meliputi permainan video yang dimainkan secara kompetitif untuk tujuan komersial atau mengisi masa lapang; dan
Ertinya panduan etika sukan elektronik berserta pindaan yang dibuat terhadapnya untuk mengawal etika dan tingkah laku serta nilai dan prinsip yang perlu dipatuhi oleh setiap atlet, pasukan dan pemain sukan elektronik.
iv. Peranan dan Fungsi Pemegang Taruh
Teras NESDEG
Garis Panduan Pembangunan Sukan Elektronik Kebangsaan (NESDEG) menetapkan teras-teras pengawasan yang berkesan oleh pemegang taruh yang diikuti dengan sasaran untuk membantu pemegang taruh memahami dan mengaplikasikan panduan sepertimana yang disarankan. Garis Panduan ini mengandungi enam (6) teras utama seperti berikut:Teras 1
Pengurusan Kontrak kepada Pemain
Teras 2
Tadbir Urus dalam Penganjuran Acara
Teras 3
Kod Tatakelakuan dan Etika & Pemantauan dan Perlindungan Kepada Kanak Kanak
Teras 4
Panduan Kewangan Esukan
Teras 5
Panduan Laluan Kerjaya dan Penganjuran Di Sekolah
Teras 6
Aplikasi Sains dan Perubatan Sukan Dalam Sukan Elektronik
Apa itu NESDEG
Sebagai langkah pertama ke arah pembangunan industri sukan elektronik Malaysia yang lebih terpelihara dan sebagai titik rujukan bagi pemegang taruh di dalam industri ini.
Seperti yang dinyatakan dalam Pelan Strategik Kementerian Belia dan Sukan (Kementerian Belia dan Sukan) untuk Pembangunan Sukan Elektronik 2020-2025 (“Pelan Strategik Sukan Elektronik”), pelbagai garis panduan telah digariskan untuk membantu meningkatkan dan menggalakkan kesinambungan kecemerlangan sukan elektronik di Malaysia.
NESDEG bertujuan untuk memberi panduan kepada semua pemegang taruh berkaitan tadbir urus yang lebih efektif, hak dan tanggungjawab dalam kalangan penggiat dan pemain industri selain menggariskan panduan dan prosedur untuk membuat keputusan, kawalan dalaman dan pengurusan risiko yang lebih baik.
Menerusi kerjasama melalui inisiatif Esports Integrated (ESI), Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik Kementerian Belia dan Sukan dengan kerjasama FUTURISE, sebuah syarikat di bawah Kementerian Kewangan Malaysia, NESDEG telah dirangka dengan penglibatan semua pemegang taruh daripada sektor swasta dan wakil kementerian-kementerian.
Apakah matlamat NESDEG?
Matlamat NESDEG adalah untuk memberi panduan kepada semua pemegang taruh berkaitan tadbir urus yang lebih efektif, hak dan bertanggungjawab dalam kalangan penggiat dan pemain industri selain menggariskan panduan dan prosedur untuk membuat keputusan, kawalan dalaman dan pengurusan risiko yang lebih baik.
Objektif penyediaan NESDEG 2022 ini adalah seperti berikut:
- Memastikan kebajikan dan hak pemain yang merangkumi pelan kerjaya, penajaan dan program pembangunan dilindungi dan ditambahbaik di setiap peringkat.
- Mewujudkan industri sukan elektronik yang bertanggungjawab dan beretika dengan mengambil kira persepsi masyarakat, penglibatan wanita dan kanak-kanak termasuk mengimbangi aktiviti sukan elektronik dengan aktiviti fizikal yang lain.
- Menyediakan struktur pembangunan terbaik untuk menjadikan Malaysia sebagai salah satu hab sukan elektronik di rantau asia.
- Memperkukuh kerjasama strategik antara pemain dan penggiat industri melalui kerjasama strategik dan persefahaman pintar.
- Mewujudkan ekosistem sukan elektronik yang mengikut standard tadbir urus yang tinggi sekaligus menjadi penanda aras kepada kemajuan ekosistem sukan elektronik di Malaysia.
Terdapat 6 teras utama di bawah NESDEG yang meliputi pelbagai skop yang penting untuk pembangunan ekosistem sukan elektronik yang selamat, bertenaga, inklusif dan mampan, iaitu:
- Pengurusan Kontrak Pemain
- Tadbir Urus Penganjuran Acara
- Memantau dan Melindungi Kanak-Kanak
- Tatakelakuan dan Etika
- Garis Panduan Laluan Kerjaya
- Aplikasi Sains dan Perubatan Sukan di dalam Sukan Elektronik
Teras-Teras NESDEG
Teras 1: Pengurusan Kontrak kepada Pemain
Memastikan atlet esukan mempunyai kontrak yang jelas, adil, dan mematuhi undang-undang. Ia meliputi elemen penting seperti tanggungjawab, hak, terma kewangan, hak harta intelek, dan syarat penamatan untuk mewujudkan persekitaran profesional dan selamat bagi pemain.
Teras 2: Tadbir Urus Penganjuran Acara
Menetapkan standard tadbir urus untuk kejohanan esukan. Ia memberi tumpuan kepada mengekalkan keadilan, integriti, akauntabiliti dan pengurusan risiko melalui peraturan berstruktur, langkah anti-doping, dan pematuhan kepada piawaian tempatan dan antarabangsa.
Teras 3: Kod Tatakelakuan dan Etika & Pemantauan dan Perlindungan Kepada Kanak Kanak
Mempromosi dan membangunkan integriti permainan dan perlindungan kanak-kanak. Teras ini mempunyai dua aspek utama:
(i) Kod Tatakelakuan dan Etika yang menetapkan peraturan untuk mengawal tingkah laku semua pihak yang terlibat bagi mempromosi dan membangunkan integriti esukan.
(ii) Perlindungan kanak-kanak yang memberi hala tuju yang jelas tentang jangkaan dan komitmen untuk menjaga dan mempromosi kebajikan dan kesejahteraan pemain esukan.
Teras 4: Panduan Kewangan Esukan
Memberi panduan tentang gambaran pengurusan kewangan dan strategi pengurusan dalam industri esukan. Panduan ini mengandungi cadangan untuk menguruskan aliran pendapatan, jalinan kerjasama dengan rakan kongsi, dasar sokongan dan inisiatif cukai.
Teras 5: Panduan Laluan Kerjaya & Penganjuran Di Sekolah
Memberikan laluan kerjaya yang jelas serta panduan untuk penganjuran program esukan di sekolah. Teras ini mempunyai dua bahagian utama:
(i) Panduan laluan kerjaya esukan bagi membina laluan kerjaya yang lebih jelas dan terancang bagi pelbagai pekerjaan dalam industri esukan.
(ii) Panduan penganjuran esukan di sekolah yang Menunjukkan panduan pemudah cara yang dicipta untuk mereka yang berminat untuk memperkenalkan esukan di peringkat sekolah.
Teras 6: Aplikasi Sains dan Perubatan Sains
Menekankan kepentingan kesihatan fizikal dan mental dalam esukan. Ia termasuk panduan amalan terbaik dalam penjagaan kesihatan, pencegahan kecederaan, jadual latihan, dan sokongan psikologi untuk mengoptimumkan prestasi dan ketahanan pemain.
Penglibatan Perangkaan NESDEG
NESDEG ialah kemuncak usahasama oleh pelbagai agensi dan jabatan kerajaan dengan pihak berkepentingan industri esukan, untuk memastikan keseimbangan dicapai antara mewujudkan rangka kerja kawal selia yang mampan dan kepentingan industri dan komuniti e-sukan Malaysia.
Industri e-sukan dan komuniti mesti bersatu dan menerima cadangan yang dibuat dalam bab NESDEG untuk memastikan semua orang yang terlibat dilindungi.
Pelbagai agensi dan jabatan di bawah Kementerian Belia dan Sukan seperti Majlis Sukan Negara (MSN), Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN), Institut Sukan Negara (ISN), Pejabat Pesuruhjaya Sukan (PPSM), Agensi Anti-Doping Malaysia (ADAMAS) dan Sekretariat Industri Sukan (SIS) terlibat dalam sesi pertama penggubalan Kementerian Belia dan Sukan yang bermula pada tahun 2021.
Beberapa penglibatan dan bengkel telah dijalankan selepas itu sepanjang tahun 2022 dengan pelbagai pemegang taruh dari agensi kerajaan dan kementerian seperti dari Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT), Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD), penerbit permainan, penganjur acara, pemain profesional, pengaruh esukan, dan pemilik pasukan untuk memastikan garis panduan ini memenuhi keperluan industri.
Garis Masa NESDEG
GARIS MASA
2021 – Oktober – Disember
Tahap 1: Mengenalpasti Isu dan Membina Agenda
- Rangka awal Garis Panduan Pengawalseliaan Esukan Kebangsaan dibangunkan secara dalaman di peringkat Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik, Kementerian Belia dan Sukan (Kementerian Belia dan Sukan) dan inisiatif Esports Integrated (ESI), di bawah Impact Integrated.
- 5 skop awal telah digariskan iaitu Kontrak Atlet, Perlindungan Kanak-Kanak, Acara Esukan, Etika Esukan dan Panduan Kerjaya.
2022 – Januari – Mac
Tahap 2: Penandaarasan dan Penerimaan Input
- Bengkel dalaman bersama-sama agensi-agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan (Kementerian Belia dan Sukan) seperti Majlis Sukan Negara (MSN), Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN), Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia (PPSM), Agensi Anti-Doping Malaysia (ADAMAS), Sekretariat Industri Sukan (SIS) dan Bahagian Dasar dan Pembangunan Strategik Kementerian Belia dan Sukan.
- Kerjasama dengan FUTURISE di bawah National Regulatory Sandbox.
- Kerjasama dengan Insitut Sukan Negara (ISN ) bagi Teras 6 – Sains Esukan.
- Penamaan semula Garis Panduan kepada Garis Panduan Pembangunan Sukan Elektronik Kebangsaan atau National Esports Development Guideline (NESDEG).
2022 – April – Julai
Tahap 3: Fasa Pembangunan dan Perbincangan Kumpulan Fokus
- Draf kedua NESDEG dibangunkan melalui input dan maklumbalas dari 2 bengkel Perbincangan Kumpulan Fokus (FGD).
- Bengkel yang diadakan di ESI Hub bersama-sama hampir 100 peserta dari industri esukan termasuklah wakil pemain, penganjur acara, penerbit permainan, persatuan, pasukan, pihak berwajib dari jabatan dan kementerian berkait berserta pemegang-pemegang taruh yang lain.
2022 – Ogos – Disember
Tahap 4: Penilaian Dalaman dan Penalaan Halus
- Draf ketiga NESDEG dibangunkan dengan input dan penambahbaikan yang diterima dari sesi FGD.
- Mekanisme penerimaan maklumbalas secara online dan melalui kaedah townhall tahunan untuk membincangkan dan menerima penambahbaikan ke draf NESDEG sedia ada.
- Terjemahan draf NESDEG ke Bahasa Inggeris.
2023 – Jun
Tahap 5: Pelancaran Garis Panduan dan Kempen Kesedaran
- Pelancaran NESDEG versi 1 dan laman web NESDEG di ESI Hub.
- Kempen kesedaran umum untuk memastikan elemen-elemen NESDEG disebarkan kepada orang awam.
- Mekanisme maklumbalas untuk menerima input dan penambahbaikan dari komuniti dan orang awam di laman web NESDEG.
2024 – November
Tahap 6: Penambahbaikan Berkala
- Teras 3 Pemantauan dan Perlindungan Kepada Kanak-Kanak & Teras 4 Kod Tatakelakuan dan Etika telah digabungkan kepada Teras 3 dan disatukan menjadi Kod Tatakelakuan dan Etika & Pemantauan dan Perlindungan Kepada Kanak-Kanak
- Teras 4 telah ditambah dan menampilkan tajuk baru iaitu Panduan Kewangan Esukan
- Teras 5 memperkenalkan tajuk baru iaitu Panduan Laluan Kerjaya & Panduan Esukan di Sekolah
Untuk memastikan NESDEG kekal relevan, penambahbaikan secara berkala akan dijalankan setiap tahun. Input dan maklum balas yang diterima melalui laman sesawang NESDEG akan dibincangkan di Tonwhall Tahunan Esukan Kementerian Belia dan Sukan bagi mendapatkan maklum balas secara terbuka untuk versi-versi NESDEG seterusnya.
Penambahbaikan Berkala
Kementerian Belia dan Sukan mengalu-alukan input dan maklum balas dari komuniti
dan orang awam bagi memastikan NESDEG kekal relevan dan efektif. Sekiranya
anda ingin memberikan maklum balas, sila ke NESDEG.my dan klik ke laman
maklum balas.
Perancangan program-program esukan Kementerian Belia dan Sukan pada Tahun 2024.
Kementerian Belia dan Sukan telah memperuntukkan lebih RM8 juta untuk program-program pada tahun 2024. Program-program ini akan dilaksanakan melalui inisiatif ESI, Majlis Sukan Negara dan Jabatan Belia dan Sukan Negara.
Bermula pada tahun 2024, inisiatif ESI di bawah Impact Integrated akan menjadi agensi peneraju bagi program-program esukan di bawah Kementerian Belia dan Sukan.
Di antara program-program dan inisiatif yang bakal berlangsung termasuklah:
- Jelajah NESDEG
- Townhall Tahunan Esukan KBS
- Malaysia Esports League 2024
- Kajian Esukan Kebangsaan
- Kalendar, Direktori dan Sistem Ranking esukan kebangsaan
- KBS Masters Games 2024
- esukan.fm
- ESI Masterclass 2024
- Dana Esukan KBS 2024
- Konvensyen Esukan 2024
- Bengkel Penyediaan Atlet Bersara
- Jelajah Juara Esukan
- Kejohanan KBS MyLadies Esports 4.0
- Kejohanan Esukan Hari Sukan Negara 2024
- Sukarelawan Esukan 2024
- Pembangunan Modul Kejurulatihan Esukan
Para penggiat dan peminat industri boleh ke laman web dan laman sosial Kementerian Belia dan Sukan, ESI, MSN dan JBSN untuk mendapatkan maklumat mengenai program-program esukan Kementerian Belia dan Sukan bagi tahun 2024.
Input dan maklum balas daripada orang awam amat maklum balas amat dialu-alukan untuk memastikan NESDEG kekal relevan dan segar. Sekiranya anda ingin memberikan maklum balas, sila KLIK di sini.