Teras 4 – Kod Tatakelakuan Dan Etika

TERAS 4

KOD TATAKELAKUAN DAN ETIKA

SASARAN

● Kod tatakelakuan dan etika ini (“kod etika”) dibangunkan untuk menetapkan peraturan yang akan mengawal tingkah laku semua pihak yang terlibat di dalam ekosistem sukan elektronik di Malaysia dan bertujuan untuk mempromosi dan membangunkan integriti sukan elektronik di seluruh dunia.
0
Please leave a feedback on thisx

● Kod etika ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa untuk membolehkan semua perkara berbangkit dirangkumi mengikut peredaran zaman sebagai panduan kepada semua pihak.
0
Please leave a feedback on thisx

● Kod etika ini harus dibaca dan difahami sebagai standard minimum kelakuan yang boleh diterima oleh semua pihak.
0
Please leave a feedback on thisx

● Kod etika ini terpakai dan boleh digunapakai oleh semua pihak berkepentingan untuk meningkatkan semangat daya saing yang lebih sihat dalam kalangan pemain dan kelab.
0
Please leave a feedback on thisx

● Kod etika ini juga adalah selaras dengan perkara yang terkandung di dalam Kod Sukan Selamat  untuk memastikan persekitaran sukan elektronik adalah selamat dan kondusif.
0
Please leave a feedback on thisx


SARANAN

● Pemegang taruh yang terlibat dalam aktiviti sukan elektronik di Malaysia haruslah melaksanakan kewajipannya dengan suci hati, dedikasi dan berhemat demi kepentingan semua pihak.
0
Please leave a feedback on thisx

● Semua pihak secara individu, bertanggungjawab dan bebas daripada sebarang pengaruh yang mungkin mengganggu pelaksanaan tugas dan kewajipan mereka.
0
Please leave a feedback on thisx

● Setiap individu mempunyai kewajipan untuk mematuhi dan melaporkan pelanggaran kod etika ini apabila mereka menyedarinya atau beranggapan bahawa wujudnya pelanggaran kod etika ini oleh mana-mana pihak.
0
Please leave a feedback on thisx

● Saranan-saranan di dalam kod etika ini adalah penambahan yang spesifik bagi ekosistem sukan elektronik di Malaysia kepada saranan-saranan yang telah digariskan di dalam Kod Sukan Selamat.
0
Please leave a feedback on thisx

● Kod etika ini menyarankan pemain-pemain aktiviti sukan elektronik untuk berkelakuan seperti berikut :-

1. menghormati individu lain termasuk pihak media, penonton, rakan kongsi dan pemain-pemain lain;
0
Please leave a feedback on thisx


2. menjaga tingkah laku dalam permainan dan juga di ruang komentar media sosial dan media-media lain. Selaras dengan Kod Sukan Selamat, NESDEG menyarankan nilai-nilai berikut:-
-keselamatan;
-kebersamaan;
-tingkah laku bertanggungjawab;
-sokongan;
-empati;
-kerjasama;
-berintegriti : jujur, komited dan bermain dengan adil;
-menghormati;
-berdisiplin tinggi;
-sifat kesukanan;
-keberanian; dan
-penambahbaikan berterusan.
0
Please leave a feedback on thisx


3. Pemain dilarang untuk terlibat dalam sebarang bentuk gangguan, penghinaan atau ucapan berbaur kebencian. Ini termasuk tetapi tidak terhad kepada:
– pertuturan kebencian, tingkah laku menyinggung perasaan atau penderaan lisan yang berkaitan dengan jantina, identiti jantina dan ekspresi, orientasi seksual, bangsa, etnik, ketidakupayaan, penampilan fizikal, saiz badan, umur atau agama;
– mengugut (secara fizikal atau dalam talian) dengan niat memberi ancaman keganasan;
– spamming and trolling – membuat gangguan aliran di media sosial secara berlebihan dan sia-sia serta menjengkelkan dengan niat untuk menyinggung perasaan termasuklah perkongsian kandungan atau mana-mana pautan yang sensitif dan lucah;
– menyiarkan atau mengugut untuk menyiarkan maklumat pengenalan peribadi orang lain dengan berniat jahat; dan
– ulasan seksual yang berbentuk lucah atau menghina dan menjatuhkan maruah individu lain yang dikira sebagai gangguan seksual.
0
Please leave a feedback on thisx

● Penganjur acara atau kelab berhak untuk mengecualikan mana-mana individu dan pemain untuk terlibat di dalam apa-apa aktiviti sukan elektronik kerana pelanggaran mana-mana peruntukan di bawah kod etika ini. Tindakan ini boleh mengakibatkan individu dan pemain kehilangan hak untuk menerima apa-apa yang layak diterimanya. Dalam kes pelanggaran berulang atau melampau, penganjur acara berhak untuk menggantung penyertaan pemain termasuk kelabnya daripada menyertai mana-mana aktiviti sukan elektronik di bawah penganjurannya.
0
Please leave a feedback on thisx

● Semua pihak yang terlibat dalam aktiviti sukan elektronik harus bertindak secara jujur, ​​dan beretika dan dilarang untuk:-

1. terlibat dalam sebarang bentuk kelakuan yang boleh memburukkan industri sukan elektronik atau menjejaskan imej industri sukan elektronik kepada masyarakat.;
0
Please leave a feedback on thisx


2. menerima hadiah wang tunai atau ganjaran (dalam sebarang bentuk) sebagai balasan untuk sebarang perkhidmatan yang bertentangan dengan kod etika ini ataupun undang-undang;
0
Please leave a feedback on thisx


3. menggunakan dana atau tajaan untuk sebarang tujuan yang menyalahi undang-undang, dan terlibat dalam aktiviti kewangan yang menyalahi undang-undang;
0
Please leave a feedback on thisx


4. menggunakan kedudukan untuk mendapat kelebihan atau keuntungan sama ada untuk peribadi atau organisasi mereka kerana kegagalan untuk mendedahkan sebarang konflik kepentingan jika ada; dan
0
Please leave a feedback on thisx


5. mendedahkan sebarang fakta, data atau maklumat lain yang diamanahkan kepada mereka secara rahsia melainkan tuntutan undang-undang. sebarang pendedahan mana-mana maklumat sedemikian mestilah bukan untuk keuntungan atau faedah peribadi, dan tidak boleh dilakukan dengan niat jahat untuk merosakkan reputasi mana-mana orang lain yang terlibat secara individu.
0
Please leave a feedback on thisx

● Penipuan, Manipulasi dan Rasuah

1. Semua bentuk penipuan termasuk manipulasi dan rasuah dalam aktiviti sukan elektronik termasuk penglibatan dalam sebarang tindakan yang tidak wajar yang mampu mempengaruhi keputusan permainan sukan elektronik atau perlawanan dalam apa cara sekalipun adalah dilarang dan akan dihukum.
0
Please leave a feedback on thisx


2. Sekiranya diketahui oleh penganjur acara bahawa sebarang bentuk penipuan telah digunakan untuk keuntungan pemain atau kelab semasa aktiviti sukan elektronik, penganjur acara berhak untuk menghukum mereka sepenuhnya mengikut peraturan yang telah ditetapkan.
0
Please leave a feedback on thisx


3. Penggunaan program (atau “godam”) atau kaedah lain untuk memintas, mengubah suai atau dalam apa jua cara memanipulasi platform dengan niat menipu adalah dilarang. Ini termasuk tetapi tidak terhad kepada nama, laman sesawang atau logo, seperti profil pemain, profil pasukan, forum atau ulasan dan sebagainya.
0
Please leave a feedback on thisx


4. Dengan melanggar mana-mana peraturan pemain atau kelab berisiko disekat atau dikecualikan sepenuhnya daripada melibatkan diri dalam mana-mana aktiviti sukan elektronik termasuk perlucutan hak hadiah wang dan denda kewangan (jika perlu).
0
Please leave a feedback on thisx

● Lantikan Pegawai Integriti dan Etika

1. Sebarang perkara yang berbangkit di bawah kod etika ini hendaklah diuruskan oleh pegawai integriti dan etika yang dilantik oleh pihak bertanggungjawab sebagai badan bebas.
0
Please leave a feedback on thisx


2. Pegawai integriti dan etika hendaklah mempunyai budi bicara mutlak untuk menangani sebarang pertikaian mengikut prinsip dan prosedur yang ditetapkan atau mengikut kewajaran yang paling munasabah untuk menyelesaikan pertikaian tersebut.
0
Please leave a feedback on thisx


3. Semua maklumat yang diterima oleh pegawai integriti dan etika adalah sangat sulit dan harus dihormati.
0
Please leave a feedback on thisx


4. Walau bagaimanapun, sekiranya pegawai integriti dan etika sendiri mempunyai sebarang pertikaian atau konflik kepentingan yang berpotensi mempengaruhi keputusan maka beliau hendaklah membuat pengisytiharan tentang konflik tersebut kepada pihak yang bertanggungjawab.
0
Please leave a feedback on thisx

● Pengurusan Aktiviti Sukan Elektronik

1. Penganjur acara bertanggungjawab untuk memastikan setiap aktiviti sukan elektronik dimainkan mengikut peraturan sehingga selesai dan keputusan bagi setiap aktiviti sukan elektronik diumumkan dengan telus tanpa bantahan oleh mana-mana pihak.
0
Please leave a feedback on thisx


2. Penganjur acara juga berhak untuk mengedit nama panggilan dan/atau alias URL, jika pemain atau kelab gagal mematuhi peraturan berkenaan tag nama  yang telah ditetapkan
0
Please leave a feedback on thisx


3. Nama panggilan/alias adalah dilarang sekiranya :-
– dilindungi oleh hak pihak ketiga dan pengguna tidak mempunyai kebenaran bertulis; atau
– menyerupai atau sama ada ia sama dengan jenama atau tanda dagangan; atau
– menyerupai atau jika mereka serupa dengan orang sebenar selain diri mereka sendiri.
0
Please leave a feedback on thisx


4. Sebarang nama panggilan/nama pasukan/alias yang bersifat memfitnah, menghina, menyinggung perasaan, kesat, lucah atau nama yang menghasut kebencian atau menyinggung budi pekerti yang baik adalah dilarang.
0
Please leave a feedback on thisx


5. Penganjur acara juga bertanggungjawab untuk memastikan bahawa setiap pemain tidak dibenarkan membuat pertaruhan untuk sebarang aktiviti sukan elektronik. Sekiranya pemain atau kelab melanggar peraturan ini, mereka akan dilucutkan kelayakan daripada kelayakan semasa dan mungkin menghadapi hukuman lanjut, sehingga dan termasuk kehilangan kelayakan daripada terlibat dalam mana-mana aktiviti sukan elektronik.
0
Please leave a feedback on thisx


6. Bagi memastikan ketulusan aktiviti sukan elektronik, pihak penganjur acara bertanggungjawab untuk memastikan tiada penyalahgunaan pepijat atau peranti pada laman sesawang yang boleh memanipulasikan proses atau keputusan.
0
Please leave a feedback on thisx


7. Penganjur acara juga bertanggungjawab untuk memastikan persekitaran sukan elektronik adalah selamat dan kondusif kepada semua pemegang taruh.
0
Please leave a feedback on thisx

● Kewujudan Konflik Kepentingan

1. Konflik kepentingan ialah situasi di mana kepentingan peribadi seseorang individu bertentangan dengan kepentingan profesional sebagai pemain atau kelab atau penganjur acara yang berpotensi menjejaskan ketidakberpihakan individu berkenaan. Konflik kepentingan merangkumi sebelum, semasa dan selepas sesuatu aktiviti sukan elektronik.
0
Please leave a feedback on thisx


2. Secara umumnya, konflik kepentingan akan timbul di mana kemampuan seseorang untuk melaksanakan tugas dengan amanah serta tidak berat sebelah berpotensi terjejas oleh kepentingan, pertimbangan dan hubungan peribadi. Konflik kepentingan akan timbul termasuk:
– penglibatan peribadi secara material dan langsung dengan atau pelantikan mana-mana individu yang mempunyai pengaruh kepada mana-mana aktiviti sukan elektronik.; atau
– penglibatan ahli keluarga atau individu yang mempunyai hubungan peribadi dengan mana-mana individu yang mempunyai pengaruh kepada mana-mana aktiviti sukan elektronik.; atau
– pekerjaan atau penglibatan yang mungkin memberi kesan material kepada prestasi atau kecekapan seseorang individu berhubung dengan tugasnya
0
Please leave a feedback on thisx


3. Sekiranya terdapat konflik yang boleh membawa implikasi kepada ketelusan sesuatu aktiviti sukan elektronik, individu tersebut disarankan untuk dikeluarkan dari mana-mana proses tersebut, yang meliputi hal-hal berikut:
– menghindari penglibatan dalam proses yang menyebabkan konflik kepentingan timbul;
– menyusun semula tugas dan tanggungjawab supaya tidak bertentangan dengan kepentingan pihak yang lain;
– mengehadkan akses kepada maklumat dan dokumen penting;
– menarik hak untuk sebarang perbincangan termasuk pengundian untuk membuat apa-apa keputusan.
0
Please leave a feedback on thisx

Doping dan/atau Percubaan Penggunaan Senarai Bahan Terlarang

1. Setiap pemain secara automatik adalah tertakluk kepada ujian doping yang mana apa-apa jenis doping adalah dilarang terhadap pemain termasuk pemain simpanan.
0
Please leave a feedback on thisx


2. Jika pemain mempunyai preskripsi aktif, yang tersenarai dalam senarai bahan terlarang oleh WADA, pemain perlu menghantar bukti kepada penganjur acara sebelum aktiviti sukan elektronik berlangsung atau apa-apa tarikh yang telah ditetapkan oleh penganjur acara.
0
Please leave a feedback on thisx


3. Penganjur acara disyorkan untuk membuat sekatan doping kepada semua pemain dan penglibatan pemain dalam aktiviti sukan elektronik adalah bergantung kepada keputusan ujian doping tersebut.
0
Please leave a feedback on thisx


4. Penganjur acara juga bertanggungjawab untuk menggalakkan kesedaran dan pendidikan tentang anti-doping dalam kalangan semua pemain.
0
Please leave a feedback on thisx


5. Penganjur acara digalakkan untuk bekerjasama dengan Agensi Anti-Doping Malaysia (ADAMAS) dari segi pengawalseliaan anti-doping di dalam acara.
0
Please leave a feedback on thisx

Penguatkuasaan

1. Semua individu diwajibkan untuk menggunakan pertimbangan yang baik, melindungi reputasi ekosistem sukan elektronik dan aktiviti sukan elektronik secara keseluruhan.
0
Please leave a feedback on thisx


2. Sesiapa yang melanggar kod etika ini boleh dikenakan tindakan sama ada oleh kelab atau penganjur acara. Pegawai integriti dan etika yang dilantik hendaklah menyemak semua dakwaan pelanggaran kod etika ini dan jika perlu, menjalankan penyiasatan, pendengaran dan sekatan sementara sehingga penyelesaian penuh untuk tindakan tatatertib jika perlu.
0
Please leave a feedback on thisx


3. Selain itu juga, tindakan penguatkuasaan tatatertib akan diambil sekiranya terdapat mana-mana pihak menyedari percubaan pihak yang lain untuk menipu pihak lain dengan memberi kenyataan, maklumat atau data yang salah atau palsu.
0
Please leave a feedback on thisx

● Kod Sukan Selamat

1. Kod Sukan Selamat telah dibangunkan oleh Kementerian Belia dan Sukan sebagai dokumen rujukan kepada komuniti sukan di Malaysia mengenai aspek sukan selamat.
0
Please leave a feedback on thisx


2. Industri sukan dan organisasi secara amnya boleh terdedah kepada pelbagai bentuk penderaan, gangguan dan keganasan termasuklah dalam bidang pendidikan, sukan dan sosial. Malaysia sebagai sebuah negara yang mendokong prinsip kesamarataan dan semangat kesukanan yang jitu, amat menitikberatkan ekosistem sukan yang selamat dan bebas daripada segala bentuk penderaan, gangguan dan keganasan.
0
Please leave a feedback on thisx


3. Kod Sukan Selamat menerangkan bentuk penderaan, gangguan, keganasan dan keselamatan yang mungkin berlaku dalam persekitaran sukan merangkumi kelakuan yang tidak sesuai (inappropriate acts) sama ada secara seksual, psikologi dan fizikal serta peranan dan tanggungjawab semua pemegang taruh yang terlibat.
0
Please leave a feedback on thisx


4. NESDEG mengesyorkan semua pihak yang berkepentingan di dalam ekosistem sukan elektronik di Malaysia untuk mengguna pakai saranan dan mekanisme yang telah digariskan untuk tujuan pembangunan Polisi Sukan Selamat di peringkat dalaman masing-masing.
0
Please leave a feedback on thisx

FAQ NESDEG
Teras 4

Penggunaan contoh kontrak yang terdapat dalam NESDEG 2022 ini adalah sebagai bahan rujukan kepada pihak berkepentingan. Contoh kontrak tersebut mengandungi terma dan syarat yang relevan bagi mengelakkan pertikaian. Walau bagaimanapun, nasihat guaman profesional amat digalakkan sebelum mengguna pakai mana-mana panduan yang telah tersedia dalam NESDEG 2022.

Sebarang bentuk kontrak adalah tertakluk dengan peruntukan di bawah Akta Kontrak 1950.

Pihak yang telah melanggar kontrak ketika tempoh kontrak masih lagi berkuatkuasa masih perlu bertanggungjawab terhadap pelanggaran apa-apa terma di bawahnya. Perkara yang berhak dituntut kepada pihak yang melanggar kontrak adalah kesemua kos kerugian yang ditanggung oleh pihak lagi satu termasuk sebarang kos teladan yang lain yang dibenarkan di bawah undang-undang.

BERIKAN MAKLUMBALAS ANDA

Input dan maklum balas daripada orang awam amat maklum balas amat dialu-alukan untuk memastikan NESDEG kekal relevan dan segar. Sekiranya anda ingin memberikan maklum balas, sila KLIK di sini.

HUBUNGI KAMI

KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN

MINISTRY OF YOUTH AND SPORTS

Menara KBS, 27, Persiaran Perdana,
Presint 4, 62570 Putrajaya

www.kbs.gov.my/

KBSMALAYSIA

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x
Scroll to Top