TERAS 5
PANDUAN LALUAN KERJAYA ESUKAN
TOPIK 1: LALUAN KERJAYA DALAM ESUKAN
Pengenalan
Berdasarkan Perancangan Strategik Pembangunan Esukan (2020-2025), kami berhasrat untuk mengiktiraf sukan elektronik sebagai satu kerjaya yang mampu membina ekosistem sukan elektronik yang mampan dan berdaya saing sementara, membangunkan bidang akademik dan kemahiran yang serba boleh serta holistik bertujuan untuk membina laluan kerjaya yang lebih jelas dan terancang serta menyediakan platform yang lebih dinamik bertujuan untuk membangunkan sistem ranking sebagai tanda aras untuk mengukur prestasi Pemain.
Skop dan Aplikasi
Terdapat sejumlah besar prospek kerjaya dan peluang yang boleh ditawarkan dalam bidang esukan di Malaysia yang akan dihuraikan dalam topik ini.
Bahagian 1: Laluan Kerjaya
Secara amnya, bidang kerjaya dalam ekosistem Sukan Elektronik merangkumi perkara berikut:-

● Terdapat lima (5) carta alir kerja yang membentuk peranan-peranan yang penting dan berbeza melibatkan keseluruhan ekosistem Sukan Elektronik di Malaysia seperti berikut:-




● Contoh bidang kerjaya berkaitan Sukan Elektronik dan peranan utama mereka adalah seperti berikut :-
| Jurulatih/Penganalisis | Berperanan untuk mengemudi dan melatih pemain atau pasukan selain membina strategi perlawanan dan menganalisis kelebihan dan kekurangan pemain lawan Jurulatih bagi aktiviti esukan dapat membantu untuk mencungkil kemahiran bagi setiap pemain dan menanam semangat berpasukan ketika berlatih. Selain itu, Jurulatih bagi Pemain atau Kelab Pasukan berperanan untuk membina dan menerapkan strategi perlawanan termasuk memberi semangat emosi dan membentuk disiplin pemain ketika menjalani latihan dan berlawan. |
| Penganalisis Keselamatan Siber | Berperanan memastikan sistem dan jaringan yang digunakan selamat daripada digodam. Keselamatan Siber ini merupakan satu bidang baru di dalam industri digital yang mana peranan Penganalisis Keselamatan Siber di dalam memastikan peranti-peranti yang digunakan oleh Pasukan dan Pemain termasuk Penganjur Acara adalah selamat daripada sebarang bentuk serangan siber. |
| Pengurus Acara | Berperanan untuk memastikan setiap penganjuran dijalankan dengan baik, berkualiti dan mencapai tahap yang diletakkan oleh semua pihak yang terlibat. Pengurus Acara bagi Aktiviti Sukan Elektronik adalah satu tugas yang baru pada masa kini yang mana Pengurus Acara perlu mengeluarkan idea-idea baru yang menarik untuk mempromosikan Sukan Elektronik sebagai satu sukan yang baru. Selain itu juga, Pengurus Acara harus berhubungan dengan pelbagai pihak antaranya Pemain, Pengurus Pasukan, Penerbit Permainan, agensi kerajaan dan pihak-pihak penaja. |
| Pengurus Kewangan / Akauntan | Berperanan untuk mengurus aktiviti kewangan syarikat seperti bajet, cukai, dan audit. Peranan Pengurus Kewangan / Akauntan adalah tidak asing dalam sesebuah organisasi termasuk organisasi yang terlibat dalam Aktiviti Sukan Elektronik. Kepakaran di dalam bidang kewangan adalah perlu bagi mengawal urus tadbir kewangan yang turut memerlukan pemahaman dari sudut perniagaan dan pengurusan selain dari mengurus dan menganalisis data. |
| Pengurus Sumber Manusia | Berperanan untuk mengurus polisi dalaman syarikat, pekerja-pekerja, penggajian, dan cuti termasuk pengambilan dan pemberhentian pekerja. Pengurus Sumber Manusia perlu mempunyai pemahaman dan ilmu dalam tadbir urus korporat bagi Sukan Elektronik, mengenal pasti bakat yang berpotensi termasuk strategi pendekatan yang sesuai dengan bertujuan untuk perkembangan industri Sukan Elektronik di Malaysia. |
| Pegawai Undang-Undang / Peguam | Pegawai Undang-undang atau Peguam berperanan untuk menasihati sesuatu organisasi dari sudut perundangan, tuntutan mahkamah termasuk merangka dokumen-dokumen perundangan yang berkaitan. Pegawai Undang-undang atau Peguam dapat membantu Pemain atau mana-mana individu dalam bidang esukan dari sudut kontrak, proses, dan operasi sesuatu aktiviti esukan supaya mematuhi kehendak perundangan negara termasuk isu-isu berbangkit yang telah dibawa ke Mahkamah. |
| Wartawan Sukan Elektronik | Peranan seorang wartawan adalah untuk mengumpul informasi dan mencipta bahan untuk kepentingan orang awam. Wartawan akan menyampaikan informasi kepada orang awam melalui media cetak seperti majalah dan surat khabar atau melalui media elektronik seperti radio, televisyen dan atas talian. Wartawan Sukan Elektronik akan menyampaikan informasi berkenaan Aktiviti Sukan Elektronik melalui analisis artikel, bual bicara, laporan perlawanan, dan ulasan atau temu bual dengan mana-mana pihak yang terlibat dalam industri Sukan Elektronik. Peranan seorang Wartawan Sukan Elektronik dapat membantu pembangunan industri Sukan Elektronik sekiranya kemahiran penulisan dan penyampaian mereka terhadap kepentingan Sukan Elektronik di Malaysia mendapat perhatian pihak-pihak berkepentingan. |
| Jurugambar dan Juruvideo / Editor | Peranan seorang Jurugambar dan Juruvideo adalah mengambil foto atau video dari sudut dan pandangan yang menarik bagi sesuatu acara. Mereka juga terlibat dalam pembikinan foto dan video sehingga produk akhir. Bagi aktiviti esukan tugas Jurugambar dan Juruvideo adalah untuk memastikan setiap foto dan video yang diambil dan direkodkan bertepatan dengan subjek serta karya tersebut hendaklah kelihatan seperti ‘hidup’. |
| Pengurus Media Sosial | Pengurus Media Sosial bertanggungjawab terhadap platform media sosial sesebuah organisasi. Antara tugas utama mereka adalah penyediaan kandungan yang responsif, peka kepada penglibatan pelanggan, menyusun kempen yang strategik dan memberi panduan serta nasihat dari semasa ke semasa mengenai reputasi sesebuah organisasi di platform media sosial. Bagi Aktiviti Sukan Elektronik, penyampaian maklumat melalui platform media sosial adalah medium yang berkesan untuk menghubungkan setiap Pihak Berkepentingan dan orang awam. Kandungan dan informasi yang betul dan kreatif dapat dijadikan sebagai madah untuk meningkatkan kesedaran mengenai budaya dan perkembangan Sukan Elektronik. |
| Pengulas Sukan Shoutcaster / Caster | Berperanan penting dalam mengulas dan menganalisis suatu pertandingan untuk fahaman mudah penonton. Seorang Pengulas Sukan haruslah memiliki kelancaran dalam berbicara dan mengulas sesuatu pertandingan dengan baik dan menarik. Pertumbuhan industri Sukan Elektronik yang berkembang membuktikan bahawa Sukan Elektronik kini mendapat tempat dan di pandang serius oleh peminatnya. Oleh yang demikian, kerjaya sebagai sebagai shoutcaster mampu untuk mendamaikan suasana yang tegang ketika sesuatu perlawanan sedang berlangsung. Seorang shoutcaster harus memahami dengan mendalam mekanisma yang sedang dipertandingkan dan membiasakan diri dengan nama-nama pemain profesional untuk membuat ulasan bagi sesuatu pertandingan. |
| Perisian / Pembangun Web | Web Developer adalah salah satu kerjaya di dalam bidang IT yang mana individu-individu ini berkemahiran untuk membangunkan aplikasi berasaskan web dan bertanggungjawab untuk memastikan laman web yang dibangunkan dapat berfungsi dengan baik . Selain membina laman web, Web Developer juga harus bertanggungjawab untuk menaik taraf (jika perlu) dan mengurus penyelenggaraan bagi website yang dibangunkan. Sukan Elektronik memerlukan individu-individu yang dapat bekerja dengan baik dan tangkas dan secara rentas fungsi bagi memastikan laman web untuk digunakan oleh Sukan Elektronik dapat digunakan mengikut keperluan dan kehendak Pemain dan Pemegang Taruh yang lain. |
| Pakar Psikologi / Kaunseling | Pakar yang mempunyai kemahiran untuk memahami secara saintifik tentang tingkah laku manusia dan proses mental khususnya, memahami cara seseorang individu berfikir, merasa, bertindak, dan berinteraksi dengan diri mereka sendiri dan orang lain. Tugas seorang Pakar Psikologi amat penting untuk pembangunan esukan. Peranan Pakar Psikologi dapat membantu setiap individu untuk memberi fokus yang lebih baik dalam menjalankan aktiviti harian mereka disamping dapat meningkatkan produktiviti ketika bermain dan menjalankan tugas. |
| Pakar Diet / Pemakanan | Seorang Pakar Pemakanan adalah seseorang yang mempunyai kepakaran dalam bidang sains pemakanan. Pakar ini penting untuk memastikan penyakit berpunca daripada pemakanan yang kurang sihat dapat dicegah disamping menasihati individu atau kumpulan dalam menggalakkan kesihatan yang baik melalui pemakanan yang betul. Pakar Pemakanan adalah individu yang diiktiraf oleh organisasi profesional. Pakar Pemakanan dapat membantu setiap individu dalam bidang esukan untuk menjaga kesihatan dengan lebih baik melalui cara pemakanan yang betul. |
Bahagian 2: Program Pendidikan Esukan
Terdapat pelbagai kursus yang ditawarkan melalui akademi, universiti dan kolej yang berpangkalan di Malaysia, daripada kursus berasaskan permainan dan kursus berasaskan industri untuk memupuk dan membangun profesional esukan.
| No. | Organisasi | Program atau Kursus |
|---|---|---|
| 1 | Tunku Abdul Rahman University of Management and Technology (TAR UMT) |
TAR UMT memasuki esukan ke dalam senarai kursus tambahan kokurikulum, di mana ia adalah mata pelajaran wajib untuk semua pelajar diploma dan ijazah sarjana muda.
Universiti ini juga mempunyai persatuan permainan interaktif (Interactive Gaming Society) TAR UMT yang kerap menyertai pertandingan esukan di peringkat universiti. |
| 2 | Asia Pacific University of Technology & Innovation (APU) |
Kursus berasaskan permainan:
|
| 3 | Todak Academy | Todak Academy menyediakan program ‘Eksekutif Esukan’ (Esports Executive) yang diperakui oleh Universiti Teknologi Malaysia (UTM). |
Apa itu NESDEG
Sebagai langkah pertama ke arah pembangunan industri sukan elektronik Malaysia yang lebih terpelihara dan sebagai titik rujukan bagi pemegang taruh di dalam industri ini.
Seperti yang dinyatakan dalam Pelan Strategik Kementerian Belia dan Sukan (Kementerian Belia dan Sukan) untuk Pembangunan Sukan Elektronik 2020-2025 (“Pelan Strategik Sukan Elektronik”), pelbagai garis panduan telah digariskan untuk membantu meningkatkan dan menggalakkan kesinambungan kecemerlangan sukan elektronik di Malaysia.
NESDEG bertujuan untuk memberi panduan kepada semua pemegang taruh berkaitan tadbir urus yang lebih efektif, hak dan tanggungjawab dalam kalangan penggiat dan pemain industri selain menggariskan panduan dan prosedur untuk membuat keputusan, kawalan dalaman dan pengurusan risiko yang lebih baik.
Menerusi kerjasama melalui inisiatif Esports Integrated (ESI), Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik Kementerian Belia dan Sukan dengan kerjasama FUTURISE, sebuah syarikat di bawah Kementerian Kewangan Malaysia, NESDEG telah dirangka dengan penglibatan semua pemegang taruh daripada sektor swasta dan wakil kementerian-kementerian.
Apakah matlamat NESDEG?
Matlamat NESDEG adalah untuk memberi panduan kepada semua pemegang taruh berkaitan tadbir urus yang lebih efektif, hak dan bertanggungjawab dalam kalangan penggiat dan pemain industri selain menggariskan panduan dan prosedur untuk membuat keputusan, kawalan dalaman dan pengurusan risiko yang lebih baik.
Objektif penyediaan NESDEG 2022 ini adalah seperti berikut:
- Memastikan kebajikan dan hak pemain yang merangkumi pelan kerjaya, penajaan dan program pembangunan dilindungi dan ditambahbaik di setiap peringkat.
- Mewujudkan industri sukan elektronik yang bertanggungjawab dan beretika dengan mengambil kira persepsi masyarakat, penglibatan wanita dan kanak-kanak termasuk mengimbangi aktiviti sukan elektronik dengan aktiviti fizikal yang lain.
- Menyediakan struktur pembangunan terbaik untuk menjadikan Malaysia sebagai salah satu hab sukan elektronik di rantau asia.
- Memperkukuh kerjasama strategik antara pemain dan penggiat industri melalui kerjasama strategik dan persefahaman pintar.
- Mewujudkan ekosistem sukan elektronik yang mengikut standard tadbir urus yang tinggi sekaligus menjadi penanda aras kepada kemajuan ekosistem sukan elektronik di Malaysia.
Terdapat 6 teras utama di bawah NESDEG yang meliputi pelbagai skop yang penting untuk pembangunan ekosistem sukan elektronik yang selamat, bertenaga, inklusif dan mampan, iaitu:
- Pengurusan Kontrak Pemain
- Tadbir Urus Penganjuran Acara
- Memantau dan Melindungi Kanak-Kanak
- Tatakelakuan dan Etika
- Garis Panduan Laluan Kerjaya
- Aplikasi Sains dan Perubatan Sukan di dalam Sukan Elektronik
Teras-Teras NESDEG
Teras 1: Pengurusan Kontrak kepada Pemain
Memastikan atlet esukan mempunyai kontrak yang jelas, adil, dan mematuhi undang-undang. Ia meliputi elemen penting seperti tanggungjawab, hak, terma kewangan, hak harta intelek, dan syarat penamatan untuk mewujudkan persekitaran profesional dan selamat bagi pemain.
Teras 2: Tadbir Urus Penganjuran Acara
Menetapkan standard tadbir urus untuk kejohanan esukan. Ia memberi tumpuan kepada mengekalkan keadilan, integriti, akauntabiliti dan pengurusan risiko melalui peraturan berstruktur, langkah anti-doping, dan pematuhan kepada piawaian tempatan dan antarabangsa.
Teras 3: Kod Tatakelakuan dan Etika & Pemantauan dan Perlindungan Kepada Kanak Kanak
Mempromosi dan membangunkan integriti permainan dan perlindungan kanak-kanak. Teras ini mempunyai dua aspek utama:
(i) Kod Tatakelakuan dan Etika yang menetapkan peraturan untuk mengawal tingkah laku semua pihak yang terlibat bagi mempromosi dan membangunkan integriti esukan.
(ii) Perlindungan kanak-kanak yang memberi hala tuju yang jelas tentang jangkaan dan komitmen untuk menjaga dan mempromosi kebajikan dan kesejahteraan pemain esukan.
Teras 4: Panduan Kewangan Esukan
Memberi panduan tentang gambaran pengurusan kewangan dan strategi pengurusan dalam industri esukan. Panduan ini mengandungi cadangan untuk menguruskan aliran pendapatan, jalinan kerjasama dengan rakan kongsi, dasar sokongan dan inisiatif cukai.
Teras 5: Panduan Laluan Kerjaya & Penganjuran Di Sekolah
Memberikan laluan kerjaya yang jelas serta panduan untuk penganjuran program esukan di sekolah. Teras ini mempunyai dua bahagian utama:
(i) Panduan laluan kerjaya esukan bagi membina laluan kerjaya yang lebih jelas dan terancang bagi pelbagai pekerjaan dalam industri esukan.
(ii) Panduan penganjuran esukan di sekolah yang Menunjukkan panduan pemudah cara yang dicipta untuk mereka yang berminat untuk memperkenalkan esukan di peringkat sekolah.
Teras 6: Aplikasi Sains dan Perubatan Sains
Menekankan kepentingan kesihatan fizikal dan mental dalam esukan. Ia termasuk panduan amalan terbaik dalam penjagaan kesihatan, pencegahan kecederaan, jadual latihan, dan sokongan psikologi untuk mengoptimumkan prestasi dan ketahanan pemain.
Penglibatan Perangkaan NESDEG
NESDEG ialah kemuncak usahasama oleh pelbagai agensi dan jabatan kerajaan dengan pihak berkepentingan industri esukan, untuk memastikan keseimbangan dicapai antara mewujudkan rangka kerja kawal selia yang mampan dan kepentingan industri dan komuniti e-sukan Malaysia.
Industri e-sukan dan komuniti mesti bersatu dan menerima cadangan yang dibuat dalam bab NESDEG untuk memastikan semua orang yang terlibat dilindungi.
Pelbagai agensi dan jabatan di bawah Kementerian Belia dan Sukan seperti Majlis Sukan Negara (MSN), Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN), Institut Sukan Negara (ISN), Pejabat Pesuruhjaya Sukan (PPSM), Agensi Anti-Doping Malaysia (ADAMAS) dan Sekretariat Industri Sukan (SIS) terlibat dalam sesi pertama penggubalan Kementerian Belia dan Sukan yang bermula pada tahun 2021.
Beberapa penglibatan dan bengkel telah dijalankan selepas itu sepanjang tahun 2022 dengan pelbagai pemegang taruh dari agensi kerajaan dan kementerian seperti dari Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT), Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD), penerbit permainan, penganjur acara, pemain profesional, pengaruh esukan, dan pemilik pasukan untuk memastikan garis panduan ini memenuhi keperluan industri.
Garis Masa NESDEG
GARIS MASA
2021 – Oktober – Disember
Tahap 1: Mengenalpasti Isu dan Membina Agenda
- Rangka awal Garis Panduan Pengawalseliaan Esukan Kebangsaan dibangunkan secara dalaman di peringkat Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik, Kementerian Belia dan Sukan (Kementerian Belia dan Sukan) dan inisiatif Esports Integrated (ESI), di bawah Impact Integrated.
- 5 skop awal telah digariskan iaitu Kontrak Atlet, Perlindungan Kanak-Kanak, Acara Esukan, Etika Esukan dan Panduan Kerjaya.
2022 – Januari – Mac
Tahap 2: Penandaarasan dan Penerimaan Input
- Bengkel dalaman bersama-sama agensi-agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan (Kementerian Belia dan Sukan) seperti Majlis Sukan Negara (MSN), Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN), Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia (PPSM), Agensi Anti-Doping Malaysia (ADAMAS), Sekretariat Industri Sukan (SIS) dan Bahagian Dasar dan Pembangunan Strategik Kementerian Belia dan Sukan.
- Kerjasama dengan FUTURISE di bawah National Regulatory Sandbox.
- Kerjasama dengan Insitut Sukan Negara (ISN ) bagi Teras 6 – Sains Esukan.
- Penamaan semula Garis Panduan kepada Garis Panduan Pembangunan Sukan Elektronik Kebangsaan atau National Esports Development Guideline (NESDEG).
2022 – April – Julai
Tahap 3: Fasa Pembangunan dan Perbincangan Kumpulan Fokus
- Draf kedua NESDEG dibangunkan melalui input dan maklumbalas dari 2 bengkel Perbincangan Kumpulan Fokus (FGD).
- Bengkel yang diadakan di ESI Hub bersama-sama hampir 100 peserta dari industri esukan termasuklah wakil pemain, penganjur acara, penerbit permainan, persatuan, pasukan, pihak berwajib dari jabatan dan kementerian berkait berserta pemegang-pemegang taruh yang lain.
2022 – Ogos – Disember
Tahap 4: Penilaian Dalaman dan Penalaan Halus
- Draf ketiga NESDEG dibangunkan dengan input dan penambahbaikan yang diterima dari sesi FGD.
- Mekanisme penerimaan maklumbalas secara online dan melalui kaedah townhall tahunan untuk membincangkan dan menerima penambahbaikan ke draf NESDEG sedia ada.
- Terjemahan draf NESDEG ke Bahasa Inggeris.
2023 – Jun
Tahap 5: Pelancaran Garis Panduan dan Kempen Kesedaran
- Pelancaran NESDEG versi 1 dan laman web NESDEG di ESI Hub.
- Kempen kesedaran umum untuk memastikan elemen-elemen NESDEG disebarkan kepada orang awam.
- Mekanisme maklumbalas untuk menerima input dan penambahbaikan dari komuniti dan orang awam di laman web NESDEG.
2024 – November
Tahap 6: Penambahbaikan Berkala
- Teras 3 Pemantauan dan Perlindungan Kepada Kanak-Kanak & Teras 4 Kod Tatakelakuan dan Etika telah digabungkan kepada Teras 3 dan disatukan menjadi Kod Tatakelakuan dan Etika & Pemantauan dan Perlindungan Kepada Kanak-Kanak
- Teras 4 telah ditambah dan menampilkan tajuk baru iaitu Panduan Kewangan Esukan
- Teras 5 memperkenalkan tajuk baru iaitu Panduan Laluan Kerjaya & Panduan Esukan di Sekolah
Untuk memastikan NESDEG kekal relevan, penambahbaikan secara berkala akan dijalankan setiap tahun. Input dan maklum balas yang diterima melalui laman sesawang NESDEG akan dibincangkan di Tonwhall Tahunan Esukan Kementerian Belia dan Sukan bagi mendapatkan maklum balas secara terbuka untuk versi-versi NESDEG seterusnya.
Penambahbaikan Berkala
Kementerian Belia dan Sukan mengalu-alukan input dan maklum balas dari komuniti
dan orang awam bagi memastikan NESDEG kekal relevan dan efektif. Sekiranya
anda ingin memberikan maklum balas, sila ke NESDEG.my dan klik ke laman
maklum balas.
Perancangan program-program esukan Kementerian Belia dan Sukan pada Tahun 2024.
Kementerian Belia dan Sukan telah memperuntukkan lebih RM8 juta untuk program-program pada tahun 2024. Program-program ini akan dilaksanakan melalui inisiatif ESI, Majlis Sukan Negara dan Jabatan Belia dan Sukan Negara.
Bermula pada tahun 2024, inisiatif ESI di bawah Impact Integrated akan menjadi agensi peneraju bagi program-program esukan di bawah Kementerian Belia dan Sukan.
Di antara program-program dan inisiatif yang bakal berlangsung termasuklah:
- Jelajah NESDEG
- Townhall Tahunan Esukan KBS
- Malaysia Esports League 2024
- Kajian Esukan Kebangsaan
- Kalendar, Direktori dan Sistem Ranking esukan kebangsaan
- KBS Masters Games 2024
- esukan.fm
- ESI Masterclass 2024
- Dana Esukan KBS 2024
- Konvensyen Esukan 2024
- Bengkel Penyediaan Atlet Bersara
- Jelajah Juara Esukan
- Kejohanan KBS MyLadies Esports 4.0
- Kejohanan Esukan Hari Sukan Negara 2024
- Sukarelawan Esukan 2024
- Pembangunan Modul Kejurulatihan Esukan
Para penggiat dan peminat industri boleh ke laman web dan laman sosial Kementerian Belia dan Sukan, ESI, MSN dan JBSN untuk mendapatkan maklumat mengenai program-program esukan Kementerian Belia dan Sukan bagi tahun 2024.
Input dan maklum balas daripada orang awam amat maklum balas amat dialu-alukan untuk memastikan NESDEG kekal relevan dan segar. Sekiranya anda ingin memberikan maklum balas, sila KLIK di sini.
KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN
MINISTRY OF YOUTH AND SPORTS
Menara KBS, 27, Persiaran Perdana,
Presint 4, 62570 Putrajaya
www.kbs.gov.my/
KBSMALAYSIA

