Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah melancarkan Pelan Strategik Pembangunan Sukan Elektronik KBS 2020-2025 pada tahun 2020 yang telah menggariskan lima strategi dengan objektif utama untuk merangsang dan menggalakkan pembangunan industri sukan elektronik yang semakin pesat di Malaysia. Strategi-strategi yang dibangunkan dalam pelan strategik tersebut adalah selaras dengan Dasar Sukan Negara dan Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12), Akta 576 Pembangunan Sukan 1997.
Selaras dengan inisiatif yang digariskan di bawah Pelan Strategik Sukan Elektronik tersebut, KBS telah menyediakan Garis Panduan Pembangunan Sukan Elektronik (NESDEG). NESDEG merupakan garis panduan spesifik yang dibangunkan bagi memperincikan tindakan-tindakan yang menyokong pelaksanaan strategi-strategi yang terkandung di bawah Pelan Strategik Sukan Elektronik KBS 2020-2025.
NESDEG bertujuan untuk memberi panduan kepada semua pemegang taruh berkaitan tadbir urus yang lebih efektif, hak dan tanggungjawab dalam kalangan penggiat dan pemain industri selain menggariskan panduan dan prosedur untuk membuat keputusan, kawalan dalaman dan pengurusan risiko yang lebih baik.
Teras ini memastikan atlet esukan mempunyai kontrak yang jelas, adil, dan mematuhi undang-undang. Ia meliputi elemen penting seperti tanggungjawab, hak, terma kewangan, hak harta intelek, dan syarat penamatan untuk mewujudkan persekitaran profesional dan selamat bagi pemain.
Teras 2 menetapkan standard tadbir urus untuk kejohanan esukan. Ia memberi tumpuan kepada mengekalkan keadilan, integriti dan akauntabiliti melalui peraturan berstruktur, langkah anti-doping, dan pematuhan kepada piawaian tempatan dan antarabangsa.
Teras 3 bertujuan untuk mempromosi dan membangunkan integriti permainan dan perlindungan kanak-kanak. Ini mempunyai dua aspek utama: (i) Kod Tatakelakuan dan Etika dan; (ii) Perlindungan kanak-kanak
Teras 4 menunjukkan gambaran kewangan dan strategi pengurusan dalam industri esukan. Panduan ini mengandungi aliran pendapatan, cara mengurus kerjasama dengan rakan kongsi, dasar sokongan dan inisiatif cukai.
Teras 5 memberikan laluan kerjaya yang jelas serta panduan penganjuran esukan di sekolah. Ini mempunyai dua bahagian utama: (i) Panduan laluan kerjaya esukan dan; (ii) Panduan penganjuran esukan di sekolah
Teras ini menekankan kepentingan kesihatan fizikal dan mental dalam esukan. Ia termasuk panduan amalan terbaik dalam penjagaan kesihatan, pencegahan kecederaan, jadual latihan, dan sokongan psikologi untuk mengoptimumkan prestasi dan ketahanan pemain.
– Rangka awal Garis Panduan Pengawalseliaan Esukan Kebangsaan dibangunkan secara dalaman di peringkat Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan inisiatif Esports Integrated (ESI), di bawah Impact Integrated.
– 5 skop awal telah digariskan iaitu Kontrak Atlet, Perlindungan Kanak-Kanak, Acara Esukan, Etika Esukan dan Panduan Kerjaya.
– Bengkel dalaman bersama agensi-agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan (KBS) seperti Majlis Sukan Negara (MSN), Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN), Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia (PPSM), Agensi
Anti-Doping Malaysia (ADAMAS), Sekretariat Industri Sukan (SIS) dan Bahagian Dasar dan Pembangunan Strategik KBS.
– Kerjasama dengan FUTURISE di bawah National Regulatory Sandbox.
– Kerjasama dengan Insitut Sukan Negara (ISN) bagi Teras 6 – Sains Esukan.
– Penamaan semula Garis Panduan kepada Garis Panduan Pembangunan Sukan Elektronik Kebangsaan atau National Esports Development Guideline (NESDEG).
– Draf kedua NESDEG dibangunkan melalui input dan
maklumbalas dari 2 bengkel Perbincangan Kumpulan
Fokus (FGD).
– Bengkel yang diadakan di ESI Hub bersama-sama hampir 100 peserta dari industri esukan termasuklah wakil pemain, penganjur acara, penerbit permainan, persatuan, pasukan, pihak berwajib dari jabatan dan kementerian berkait berserta pemegang-pemegang taruh yang lain.
– Draf ketiga NESDEG dibangunkan dengan input dan penambahbaikan yang diterima dari sesi FGD.
– Mekanisme penerimaan maklumbalas secara online dan melalui kaedah townhall tahunan untuk membincangkan dan menerima penambahbaikan ke draf NESDEG sedia ada.
– Terjemahan draf NESDEG ke Bahasa Inggeris.
– Pelancaran NESDEG versi 1 dan laman web NESDEG di ESI Hub.
– Kempen kesedaran umum untuk memastikan elemen-elemen NESDEG disebarkan kepada orang awam.
– Mekanisme maklumbalas untuk menerima input dan penambahbaikan dari komuniti dan orang awam di laman web NESDEG.
– Untuk memastikan NESDEG kekal relevan, penambahbaikan secara berkala akan dijalankan bersama pemegang taruh industri untuk menambahbaik NESDEG bagi versi-versi seterusnya.
– Input dan maklumbalas yang diterima melalui laman web akan dibincangkan di Townhall Tahunan Esukan KBS untuk menambahbaik NESDEG bagi versi-versi seterusnya.
Input dan maklum balas daripada orang awam amat maklum balas amat dialu-alukan untuk memastikan NESDEG kekal relevan dan segar. Sekiranya anda ingin memberikan maklum balas, sila KLIK di sini.