Garis Panduan Pembangunan Sukan Elektronik Kebangsaan
Muat TurunGARIS PANDUAN ESUKAN DALAM MALAYSIA
NESDEG memberi panduan kepada semua pemegang taruh untuk memastikan tadbir urus yang berkesan, menjelaskan hak dan tanggungjawab penggiat industri, serta menyediakan garis panduan bagi keputusan kawalan dalaman dan pengurusan risiko yang lebih baik.
TERAS 1: PENGURUSAN KONTRAK KEPADA PEMAIN
Pernah dengar pemain kena tipu atau gaji tak dibayar? NESDEG mensarankan para pemain ada "hitam putih" yang sah dan adil.
- Hak & Tanggungjawab: Jelas apa yang perlu buat dan apa yang patut dapat.
- Safety Net: Perlindungan undang-undang jika berlaku masalah atau pertikaian.
- Gaji & Bonus: Terma bayaran tetap dan jelas, tanpa janji kosong.
- Harta Intelek: Penjelasan hak milik nama, imej, dan kandungan digital anda.
- Exit Plan: Cara tamat kontrak yang betul tanpa aniaya mana-mana pihak.
TERAS 2: PENERAPAN TADBIR URUS DALAM PENGANJURAN ACARA
Tiada siapa suka isu berat sebelah atau urusan kucar-kacir. NESDEG memastikan setiap kejohanan esukan di Malaysia dijalankan dengan penuh standard, integriti dan telus.
- Integriti & Etika: Semua keputusan wajib adil dan mengikut peraturan rasmi.
- Anti-Cheat & Doping: Kemenangan hasil bakat sebenar, bukan bantuan haram.
- Tanggungjawab Penganjur: Kebajikan pemain dan penonton sentiasa jadi keutamaan.
- Standard Global: Kualiti penganjuran tempatan yang setaraf kejohanan dunia.
- Pengalaman Terbaik: Urusan teratur supaya pemain fokus dan peminat puas hati.
TERAS 3: PEMANTAUAN DAN PERLINDUNGAN KANAK-KANAK
Esukan bukan sekadar siapa paling 'power', tapi tentang cara kita membawa diri. Teras ini memastikan komuniti kita sentiasa positif dan berintegriti, dengan fokus khas pada perlindungan kanak-kanak dalam dunia digital.
- Vibe Positif: Saling menghormati tanpa buli siber atau budaya toksik.
- Integriti Tinggi: Semangat kesukanan jujur dalam perlawanan dan kandungan digital.
- Lindungi Pemain Muda: Persekitaran selamat untuk remaja dan kanak-kanak berkembang.
- Kebajikan Pemain: Menjaga kesihatan mental dan fizikal sepanjang penglibatan.
- Standard Etika: Penanda aras jelas untuk live streaming dan interaksi komuniti.
TERAS 4: PANDUAN KEWANGAN ESUKAN
Zaman sekarang, esukan adalah industri bernilai besar. Teras ini memastikan pengurusan kewangan esukan Malaysia lebih mantap dan menguntungkan semua pihak.
- Aliran Pendapatan: Panduan menjana pendapatan stabil melalui pelbagai saluran kreatif.
- Networking & Penajaan: Strategi kerjasama "menang-menang" dengan rakan kongsi dan penaja.
- Sokongan Kerajaan: Info polisi sokongan dan insentif cukai untuk syarikat tempatan.
- Pengurusan Bijak: Tip mengurus dana supaya setiap pelaburan memberi pulangan berbaloi.
- Ekosistem Mampan: Memastikan esukan kekal sebagai kerjaya yang menjamin masa depan.
TERAS 5: PANDUAN LALUAN KERJAYA DAN PENGANJURAN DI SEKOLAH
Siapa cakap esukan cuma buang masa? Melalui NESDEG, esukan kini mempunyai struktur yang jelas untuk masa depan. Teras ini adalah jambatan untuk menukar hobi menjadi kerjaya profesional yang dihormati.
- Laluan Kerjaya Jelas: Panduan langkah-demi-langkah untuk pelbagai kerjaya dalam industri—sama ada mahu jadi pemain pro, pengurus pasukan, atau pengulas (caster).
- Esukan Masuk Sekolah: Panduan mudah untuk pelajar dan guru yang berminat menubuhkan kelab atau penganjuran kejohanan rasmi di peringkat sekolah.
TERAS 6: APLIKASI SAINS DAN PERUBATAN SUKAN DALAM ESUKAN
Teras ini memastikan pengurusan kesihatan dan prestasi atlet esukan Malaysia berada pada tahap optimum melalui aplikasi sains sukan yang sistematik. Bukan sekadar main, tapi bagaimana menjaga tubuh dan minda untuk kerjaya yang lebih lama dan berkualiti.
- Cergas & Pulih: Panduan aktiviti fizikal 150 minit seminggu dan amalan tidur berkualiti untuk pemulihan kognitif yang pantas.
- Ergonomik & Saraf: Teknik susunan stesen permainan dan senaman regangan bagi mencegah kecederaan otot serta kelesuan fizikal.
- Sihat Mata & Telinga: Penjagaan rapi mata melalui teknik rehat visual dan perlindungan telinga daripada bunyi frekuensi tinggi yang berterusan.
- Psikologi & Sejahtera Mental: Aplikasi teknik mental seperti penetapan matlamat (SMARTER) dan pengurusan stres untuk membina daya tahan serta fokus juara.